Thursday, June 10, 2010

IMEJ KORPORAT


WARNA
Kombinasi warna Merah, Biru dan Putih adalah diambil dari warna negeri Johor yang menyatakan asal-usul kelahiran ahli-ahlinya.

MERAH - Semangat berpasukan, kerjasama dan kekuatan jati diri ahli-ahlinya

BIRU - Keharmonian, toleransi serta keamanan yang diterapkan dalam institusi kekeluargaan

PUTIH - Nilai-nilai murni yang disemai serta sentiasa berperasaan optimis, positif dan baik sangka selari dengan tuntutan agama

BENTUK
Bentuk bulat 3 dimensi yang menyerupai globe adalah interpretasi kepada gagasan pemikiran yang rasional tentang masa hadapan serta kemajuan mengikut aliran semasa khususnya di era globalisasi. Ia juga disuai pada dengan peribahasa ' Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat '.

BLOG
mymsfamily.blogspot.com

my - kod antarabangsa yang merujuk kepada 'Malaysia' selari dengan globalisasi. my juga adalah kepunyaan bersama iaitu seluruh warga ms family

ms - Mohamad Sambas

family - keluarga bahagia yang datang dari pelbagai latar belakang

No comments:

Post a Comment